Maka sesudah sampai di supermarket sekalian para anak ini gigih dan galak serta gembira kerana dibekalkan hak untuk meminta dibelikan apa sahaja asalkan tidak lebih RM10. Atas dasar hak ini, mereka meminta bermacam-macam, ada yang sampai 50 ringgit kerana terlupa akan syarat. Ada yang meminta item-item yang tidak relevan untuk mereka sebagai kanak-kanak seperti rokok. Memanglah sekotak rokok harganya tidak sampai sepuluh ringgit namun ibu bapa mana yang ketandusan siuman untuk membelikan rokok untuk anak mereka yang masih belum jejak tadika. Alasan yang menjadi tempat berdiri pemberontakan anak-anak ini adalah, JANJI. Kerana tidak menepati janji, maka kami berkeras dan memberontak. Tegar anak-anak ini. Oh ya, bukan rokok semata, ada yang mintak top up, screwdriver, dan macam-macam lagi. Semua ini dibuat sebab anak-anak ini berpegang pada JANJI yang telah mereka tidak henti-henti jadikan asas dan alasan. Menyebabkan mereka kelihatan serabut dan menggelabah.
Kisah pendek ini adalah gambaran kepada situasi sebilangan rakyat Malaysia yang tidak habis-habis menatangtayang hak mereka untuk bersuara dengan demokrasi. Rentetan inilah akhirnya menimbulkan suasana yang bukan sahaja dilihat canggung, malah merimaskan pihak yang sudah sedia rimas. Kebebalan tidak salah, ia cuma menjadi salah apabila akal bebal itu menggunakan sesuatu yang dikongsi bersama untuk sesuatu yang bebal, dan akhirnya meng'annoy' banyak pihak, kerana lemas dalam demokrasi.