Jun 23, 2012

Ini Cerita Salam


Malam itu pukul 11. Salam nak ke kedai runcit 24 jam 7 Eleven.
Dia keluar rumah. Masuk lif dan turun ke ground floor. Lif terbuka dan Salam melangkah ke luar kawasan apartment. Sambil menapak ke kedai Salam menyanyi-nyanyi lagu kegemarannya, Adrenalin nyanyian asal  Faizal Tahir.

Tiba-tiba hidungnya dipekup. Kloroform.

Salam tersedar dan mendapati tangan kakinya diikat. Seorang lelaki dewasa berdiri di depannya.
Tanpa bercakap apa-apa lelaki tu mengeluarkan penukul. Tukul besi. Dihayun ke atas, dihentuk keras ke kepala lutut Salam. Sakitnya dia saja yang tahu.
Tukul diangkat kemudian dihayun sekali lagi. Kali ini tepat di antara dua mata Salam.
Dihayun lagi ke ubun-ubun, tenggorok, bahu, tulang selangka. Habis pecah semua.

"Kalau nak main perempuan jangan cari bini orang." Lelaki tu cakap.

Salam tak bersuara lagi. Tak bernyawa lagi.




Jan 6, 2012

Kerana Lemas Dalam Demokrasi

Suatu hari sepasang suami isteri membawa anak-anaknya ke supermarket. Tidak semua anak-anak mereka ini yang suka. Ada yang ingin tinggal di rumah, bermain dan sebagainya, namun atas sebab keselamatan memandangkan mereka semua masih kecil, ibubapa ini terpaksa memastikan semua anak mereka ini bersama mereka ke supermarket. Bagaimanapun, kerana tidak mahu mengecewakan segelintir anak mereka dan ingin menggembirakan selainnya pasangan ibu bapa ini berjanji untuk membeli apa sahaja yang dipinta anak-anak mereka di supermarket nanti dengan syarat tidak melebihi had RM10.
Maka sesudah sampai di supermarket sekalian para anak ini gigih dan galak serta gembira kerana dibekalkan hak untuk meminta dibelikan apa sahaja asalkan tidak lebih RM10. Atas dasar hak ini, mereka meminta bermacam-macam, ada yang sampai 50 ringgit kerana terlupa akan syarat. Ada yang meminta item-item yang tidak relevan untuk mereka sebagai kanak-kanak seperti rokok. Memanglah sekotak rokok harganya tidak sampai sepuluh ringgit namun ibu bapa mana yang ketandusan siuman untuk membelikan rokok untuk anak mereka yang masih belum jejak tadika. Alasan yang menjadi tempat berdiri pemberontakan anak-anak ini adalah, JANJI. Kerana tidak menepati janji, maka kami berkeras dan memberontak. Tegar anak-anak ini. Oh ya, bukan rokok semata, ada yang mintak top up, screwdriver, dan macam-macam lagi. Semua ini dibuat sebab anak-anak ini berpegang pada JANJI yang telah mereka tidak henti-henti jadikan asas dan alasan. Menyebabkan mereka kelihatan serabut dan menggelabah.

Kisah pendek ini adalah gambaran kepada situasi sebilangan rakyat Malaysia yang tidak habis-habis menatangtayang hak mereka untuk bersuara dengan demokrasi. Rentetan inilah akhirnya menimbulkan suasana yang bukan sahaja dilihat canggung, malah merimaskan pihak yang sudah sedia rimas. Kebebalan tidak salah, ia cuma menjadi salah apabila akal bebal itu menggunakan sesuatu yang dikongsi bersama untuk sesuatu yang bebal, dan akhirnya meng'annoy' banyak pihak, kerana lemas dalam demokrasi.

Ada Kelas La Jugak

Antara beberapa peribahasa Karam Singh Walia yang aku rasa memang ada kelas tersendiri.

1. Kemana tumpahnya kuah, kalau tidak ke bawah.

2. Tak lapuk dek hujan, tak lekang macam rambutan.

3. Tiada rotan, pelempang pun berguna.

4. Biar lambat, asalkan tak cepat.

5. Biar putih tulang, jangan kuning gigi.

6. Di mana ada gula, di situ adalah gula-gula.

7. Kalah jadi abu, menang jadi arang, seri jadi abu bakar.

8. Carik-carik bulu ayam, lama-lama jadi shuttlecock.

9. Secupak takkan jadi 18 cupak.

10.Gajah mati meninggalkan gading, udang harimau mati
meninggalkan kulit, manusia mati meninggal dunia.

11.Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula makanan di
dalam mulut.

12. Harapkan pagar, pagar tidak boleh diharap.

13. Alang-alang mandi, biar guna sabun.

14. Berapa berat mata memandang, berat lagi seguni beras.

15. Cubit paha kanan, paha kiri tak rasa apa-apa pun.

16. Diam-diam ubi berisi, diam-diam orang bisu.

17. Hidup segan, mati di tanam.

18. Ikut hati mati, ikut rasa merasa.

19. Lembu punya susu cap teko dapat nama.

20. Sehari selembar benang, lama-lama benang habis.

21.Jika kail panjang sejengkal, belilah yang panjang sikit kalau
nak mengail di laut.
(beli la pukat tunda lagi baik)

22. Hendak seribu daya, tak hendak tak apa.

23. Membujur lalu melintang pukang.

24.Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri,
lebih baik hari tak hujan.

25. Sebab pulut santan binasa, sebab mulut habis pulut.

26. Kecil-kecil cili padi, kecil lagi biji cili.

27.Kalau sudi katakan sudi, kalau tak sudi boleh blah.

Hilang Seluruh Kehidupan

Pada suatu hari,
seorang profesor menyeberangi sungai di atas sampan. Sampan itu didayung oleh seorang lelaki berumur pertengahan. Maka berlakulah dialog antara profesor tersebut dengan lelaki tersebut...

"Kamu tahu menulis dan membaca?" tanya profesor kepada lelaki itu.

"Tidak. Saya buta huruf." jawabnya.

Profesor itu pun mengreply, "Maka kamu telah kehilangan separuh dari kehidupan kamu. "

Sampan terus bergerak.

"Kamu ada membuat simpanan kewangan di bank?"
Tanya profesor lagi.

"Tak ada pun." jawabnya.

"Maka kamu telah kehilangan separuh lagi kehidupanmu."
Kata profesor itu.

Sampan terus bergerak. Tiba-tiba, sampan bocor.
Air laju masuk, sampan semakin tenggelam.

"Tuan tahu berenang?" tanya si pendayung.
Profesor menjawab, "err, tidak tahu."

" Kalau begitu tuan akan kehilangan seluruh hidup tuan."
Kata lelaki pendayung dan terus berenang ke tebing.


Di dalam dunia ini tidak ada klasifikasi insan yang bodoh atau pandai. Cuma Tuhan menciptakan hambanya dengan kelebihan yang berbeza-beza. Kita tidak berhak menghina kelemahan pihak lain dan bermegah dengan kelebihan diri. Boleh jadi mereka yang anda hina jauh lebih mulia daripada anda. Cuma hina pada mata anda, mulia pada mata Tuhan...

He Is Everywhere

Some people imagine that they themselves, matter and the world they see all around them are all absolute beings. But they regard Allah as an imagination pervading that absolute matter. Or else, since they cannot see Him with their own eyes, they say: “Allah must be somewhere we cannot see, in space or far away from human eyes.” But these are all grave errors.

Because Allah is everywhere, not just in the sky. As the sole absolute being, Allah enfolds the whole universe, all people and places, the heavens and everywhere. And Allah is manifested in the whole universe. According to the hadith, our Prophet (saas) said that someone who said that Allah was in the sky was telling the truth. But this account in no way conflicts with the fact that Allah is everywhere. Because if someone at your location on Earth raises his hands and prays to Allah and thinks that Allah is in the sky, while someone at the South Pole turns to Allah in the same way, while someone else at the North Pole raises his hands and yet another individual in Japan, or America or Ecuador raises his hands to the sky in the same way and turns to Allah, then it is impossible to speak of any fixed direction. In the same way, if jinn, angels and demons at various points in space and the universe also pray toward the skies, it will again be impossible to speak of any fixed direction, and the situation will be one that covers the entire universe.

Since everyone everywhere raises his hand, and since the sky is everywhere. For example, for someone on Mercury, the skies is also the Earth, and when he points upward he is pointing toward the Earth. And when someone on earth raises his hands to the skies he would be pointing to another planet. For that reason, the result is a situation covering the whole 360 degrees. They have failed to appreciate that. Once we said that, these people pulled up in their tracks instantly and these peculiar beliefs were never raised again. But such people still turn up from time to time and say these kinds of things. There are still those who insist on partial free will. OK, partial free will does exist, but within destiny. It exists within the destiny created by Allah. It is created and over and done with inside destiny. You choose, you make your own choice, but it is within your own destiny. For that reason, may Allah forbid, you do not have the means to make a surprise for Allah. In other words, you cannot do anything that Allah does not know.

You just do something that already exists, that has already happened before, that is all...